Saturday, March 27, 2010

Lencana Sekolah

Keterangan Logo:

  • Warna putih - Melambangkan kesucian hati warga sekolah.
  • Warna kuning - Melambangkan taat setia warga sekolah kepada negara dan memperingati bekas sekolah YAMTunku Abdul Rahman Ibni Tunku Muhammad (ke bawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong yang pertama).
  • Warna hijau - Melambangkan warga yang taat pada pegangan agama.
  • Warna ungu - Warna tema sekolah.
  • Warna hitam - Mata menggambarkan masyarakat memandang tinggi dan menaruh keyakinan kepada pihak sekolah.
  • Obor - Sekolah mencurahkan ilmu sebanyak mungkin sebagai penerang kehidupan pada masa akan datang / hati sentiasa diterangi.
  • Keris - Membentuk dan menerapkan nilai jati diri dan tidak melupakan sejarah negara.
  • Sukan - Pelajar-pelajar melibatkan diri dalam semua aktiviti kokurikulum sekolah sehingga ke peringkat tinggi.



Keterangan Bendera Sekolah


Warna biru, putih dan kuning yang digunakan pada bendera sekolah berkait rapat dengan moto sekolah iaitu BILA USAHA JAYA.

.

  • Warna kuning - melambangkan taat setia warga sekolah kepada negara dan memperingati bekas sekolah YAM Tunku Abdul Rahman Ibni Tunku Muhammad (ke bawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong yang pertama).
  • Warna hijau - melambangkan warga yang taat pada pegangan agama.
  • Warna ungu - warna tema sekolah.
  • Warna hitam - mata menggambarkan masyarakat memandang tinggi dan menaruh keyakinan kepada pihak sekolah.

Friday, March 26, 2010

Tenaga Pengajar dan Staff sokongan Sekolah tahun 2010



Belakang dari kiri :

En.Mohd Kamil, En.Mustafar Bakri, En.Halid, En.Ab Rahman, En.Riharuddin, En.Nik Fakhran Fuad, En.Too Fook Sang, En.Abdul Malek,En.Mohd Kamil Abd.Ghani.

Tengah dari kiri :

Pn.Nor Shima, Pn.Roslina, Pn.Haslindah,Cik Tan Kong Ping, Pn.Azlina, Pn.Siti Zamrah,

Cik Hjh. Nur Azizah,Pn.Ruziah, Pn. Siti Arfah,Pn.Siti Hajar, Pn.Musnaini, Pn.Mazurra, Pn.Rokiah, Cik Siti Khalimatun Saadiah.

Barisan hadapan :

Pn. Norafida, Pn.Siti Fatimah, Pn.Junaidah, Pn.Norul Akmar, Pn.Hjh Jamilah, Pn.Zuraidah, Pn.Hjh Noraini (GB), Tn. Hj. Daud b. Sulaiman (GPK HEM), En. Shahrom,En. Norazam, Pn.Sarina, Pn.Misrela, Cik Nurshuhada, Pn. Norhayati

ETOS SEKOLAH


  • SEKOLAH TANPA TONG SAMPAH
  • BEKERJA TANPA ARAHAN

Kata-kata Aluan Guru Besar

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

SALAM 1MALAYSIA

BERSYUKUR KITA KE HADRAT ALLAH SUBHANAHU WATA’ALA KERANA DIBERI KESIHATAN YANG BAIK DAN FIKIRAN YANG CERDAS UNTUK MEMBOLEHKAN KITA MENJALANKAN KERJA-KERJA DENGAN CEMERLANG SERTA MERANCANG SESUATU DENGAN JAYANYA.

SAYA MENGAMBIL KESEMPATAN INI MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA JAWATANKUASA PENERBITAN BLOG SEKOLAH INI.

SEMOGA BLOG SEKOLAH INI DAPAT MEMBERI MANFAAT YANG BERGUNA UNTUK SEMUA PIHAK TERUTAMA SEKALI WARGA SEKOLAH DEMI BERSAMA-SAMA MEMPERTINGKATKAN ARUS PEMODENAN DUNIA ICT DI SEKOLAH INI.

Kepimpinan Sek.Keb Jempol




LATAR BELAKANG KEPIMPINAN SEKOLAH 2010

GURU BESAR

Nama: PN. HJH. NORAINI BINTI AHMAD

GPK 1



Nama: PN. MAZDA BT.UJANG

GPK HEM

Nama: TN.HJ DAUD BIN SULAIMAN

GPK KO

Nama: EN.SHAMSUDDIN BIN OTHMAN

About SK Jempol

My photo
Bahau, Negeri Sembilan, Malaysia
Sekolah Kebangsaan Jempol telah mula dibina pada penghujung tahun 1890an. Ia merupakan sekolah melayu yang pertama dibina di kawasan Jempol. Asal Sekolah Kebangsaan Jempol terletak di Kampung Cacar (500 meter dari tapak Sek. Keb. Jempol sekarang). Menjelang tahun 1910an, terbinanya jalan keretapi yang melintasi Kampung Kuala Jempol. Sehubungan dengan itu, terbinanya stesen keretapi bagi memudahkan penduduk di sekitar Kampung Kuala Jempol menjual hasil kampung di pekan Bahau dan Juasseh. Oleh itu, pada penghujung tahun 1910, Sekolah Kebangsaan Jempol telah berpindah ke tapak sekolah yang baru bersebelahan dengan stesen keretapi.(tapak padang SK Jempol sekarang) Keadaan Sekolah Kebangsaan Jempol ketika itu terdiri daripada 1 blok bangunan yang menempatkan 5 buah kelas dan sebuah pejabat. Antara murid keluarga diraja yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Jempol ialah Tunku Abdul Rahman iaitu yang dilantik sebagaiYang Dipertuan Agung pertama Tanah Melayu. Terdapat dua sesi pembelajaran yang dijalankan ketika itu iaitu sesi persekolahan pada waktu pagi dan kelas agama pada waktu petang. Sehingga kini, SK Jempol telah banyak berubah. Anda pasti dapat melihatnya sendiri….