Tuesday, August 25, 2009

PROFIL SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Jempol telah mula dibina pada penghujung tahun 1890an. Ia merupakan sekolah melayu yang pertama dibina di kawasan Jempol. Asal Sekolah Kebangsaan Jempol terletak di Kampung Cacar (500 meter dari tapak Sek. Keb. Jempol sekarang).
Menjelang tahun 1910an, terbinanya jalan keretapi yang melintasi Kampung Kuala Jempol. Sehubungan dengan itu, terbinanya stesen keretapi bagi memudahkan penduduk di sekitar Kampung Kuala Jempol menjual hasil kampung di pekan Bahau dan Juasseh. Oleh itu, pada penghujung tahun 1910, Sekolah Kebangsaan Jempol telah berpindah ke tapak sekolah yang baru bersebelahan dengan stesen keretapi.(tapak padang SK Jempol sekarang) Keadaan Sekolah Kebangsaan Jempol ketika itu terdiri daripada 1 blok bangunan yang menempatkan 5 buah kelas dan sebuah pejabat.
Antara murid keluarga diraja yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Jempol ialah Tunku Abdul Rahman iaitu yang dilantik sebagaiYang Dipertuan Agung pertama Tanah Melayu. Terdapat dua sesi pembelajaran yang dijalankan ketika itu iaitu sesi persekolahan pada waktu pagi dan kelas agama pada waktu petang.
Sehingga kini, SK Jempol telah banyak berubah. Anda pasti dapat melihatnya sendiri….

Sunday, August 23, 2009

Ramadhan Datang Lagi...














BULAN RAMADHAN.....Kedatangan bulan Ramadan menandakan telah berakhirnya bulan Syaaban. Ramadan adalah bulan yang dinanti-nanti oleh seluruh umat Islam di dunia ini.Bulan yang penuh dengan keberkatan. Bulan yang mempunyai pelbagai kelebihan berbanding bulan-bulan yang lain. Bulan yang juga dikenali sebagai bulan untuk kita berpesta ibadah.Bagaimanapun, ia terpulang kepada kita bagaimana untuk kita menghayati kedatangan bulan ini . Apakah kelebihan bulan ini sehingga dinanti-nanti oleh sesetengah umat Islam, khususnya mereka yang ingin meningkatkan ketakwaan kepada Allah s.w.t.Bulan Ramadan adalah bulan yang disebut oleh Allah s.w.t dengan jelas sekali di dalam firmannya yang bermaksud: Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran. (al-Baqarah: 185).Di dalam ayat ini bukankah Allah s.w.t dengan jelasnya menyebut tentang bulan Ramadan berbanding dengan bulan-bulan Islam lain yang tidak disebut secara nyata oleh Allah s.w.t. Ini adalah sebagai pengiktirafan Allah s.w.t di dalam al-Quran tentang kelebihan bulan ini.

MISI SEKOLAH

MENYEDIAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN JEMPOL SEKOLAH CEMERLANG, BERWAWASAN DAN BERWATAK MENJELANG 2010.

VISI SEKOLAH

MEWUJUDKAN SUASANA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF UNTUK MELAHIRKAN INSAN YANG BERKETERAMPILAN DAN CEMERLANG DALAM BIDANG AKADEMIK, KO-KURIKULUM DAN SAHSIAH AGAR DAPAT MEMENUHI ASPIRASI IBU BAPA, MASYARAKAT DAN NEGARA.

LAGU SEKOLAH

Megah Indah Namamu
SKJ Yang Tercinta
Tuntut Ilmu Tanpa Jemu
Kami Harapan Bangsa
Kami Ikrar Bersama
Tekun Ikhlas Berusaha
Bila Usaha Jaya
Untuk Mencapai Cita
Cekalkan Semangatmu
Pada Guru Dan Rakan
Sentiasa Berganding Bahu
Menuju Ke Arah Wawasan 2x

About SK Jempol

My photo
Bahau, Negeri Sembilan, Malaysia
Sekolah Kebangsaan Jempol telah mula dibina pada penghujung tahun 1890an. Ia merupakan sekolah melayu yang pertama dibina di kawasan Jempol. Asal Sekolah Kebangsaan Jempol terletak di Kampung Cacar (500 meter dari tapak Sek. Keb. Jempol sekarang). Menjelang tahun 1910an, terbinanya jalan keretapi yang melintasi Kampung Kuala Jempol. Sehubungan dengan itu, terbinanya stesen keretapi bagi memudahkan penduduk di sekitar Kampung Kuala Jempol menjual hasil kampung di pekan Bahau dan Juasseh. Oleh itu, pada penghujung tahun 1910, Sekolah Kebangsaan Jempol telah berpindah ke tapak sekolah yang baru bersebelahan dengan stesen keretapi.(tapak padang SK Jempol sekarang) Keadaan Sekolah Kebangsaan Jempol ketika itu terdiri daripada 1 blok bangunan yang menempatkan 5 buah kelas dan sebuah pejabat. Antara murid keluarga diraja yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Jempol ialah Tunku Abdul Rahman iaitu yang dilantik sebagaiYang Dipertuan Agung pertama Tanah Melayu. Terdapat dua sesi pembelajaran yang dijalankan ketika itu iaitu sesi persekolahan pada waktu pagi dan kelas agama pada waktu petang. Sehingga kini, SK Jempol telah banyak berubah. Anda pasti dapat melihatnya sendiri….