Thursday, December 10, 2009

Sepanjang cuti sekolah ini...banyak aktiviti-aktiviti yang dilakukan antaranya ialah program asas penggunaan ict yang dilakukan oleh fasilitator schoolnet di sekolah...Program asas penggunaan ict bertujuan pengenalan terhadap penggunaan komputer secara amnya,juga bertujuan memantapkan penggunaan komputer dikalangan murid-murid...Program ini juga bertujuan betapa pentingnya penggunaan ict pada masa kini dan memberi kesedaran terhadap ilmu-ilmu ICT di sekolah..

Melalui program ini,kita dapat tahu dimana kelemahan kita terhadap penggunaan komputer selama ini dan menjadi mudah terhadap kerja-kerja kita melalui kesedaran penggunaan ICT di sekolah mahupun dimana-mana sahaja.

Wednesday, November 4, 2009


GAMBAR SEKOLAH





Monday, September 7, 2009

Selamat menjawab peperiksaan UPSR buat pelajar tahun enam
SK.JEMPOL

'BILA USAHA JAYA"

Tuesday, August 25, 2009

PROFIL SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Jempol telah mula dibina pada penghujung tahun 1890an. Ia merupakan sekolah melayu yang pertama dibina di kawasan Jempol. Asal Sekolah Kebangsaan Jempol terletak di Kampung Cacar (500 meter dari tapak Sek. Keb. Jempol sekarang).
Menjelang tahun 1910an, terbinanya jalan keretapi yang melintasi Kampung Kuala Jempol. Sehubungan dengan itu, terbinanya stesen keretapi bagi memudahkan penduduk di sekitar Kampung Kuala Jempol menjual hasil kampung di pekan Bahau dan Juasseh. Oleh itu, pada penghujung tahun 1910, Sekolah Kebangsaan Jempol telah berpindah ke tapak sekolah yang baru bersebelahan dengan stesen keretapi.(tapak padang SK Jempol sekarang) Keadaan Sekolah Kebangsaan Jempol ketika itu terdiri daripada 1 blok bangunan yang menempatkan 5 buah kelas dan sebuah pejabat.
Antara murid keluarga diraja yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Jempol ialah Tunku Abdul Rahman iaitu yang dilantik sebagaiYang Dipertuan Agung pertama Tanah Melayu. Terdapat dua sesi pembelajaran yang dijalankan ketika itu iaitu sesi persekolahan pada waktu pagi dan kelas agama pada waktu petang.
Sehingga kini, SK Jempol telah banyak berubah. Anda pasti dapat melihatnya sendiri….

Sunday, August 23, 2009

Ramadhan Datang Lagi...














BULAN RAMADHAN.....Kedatangan bulan Ramadan menandakan telah berakhirnya bulan Syaaban. Ramadan adalah bulan yang dinanti-nanti oleh seluruh umat Islam di dunia ini.Bulan yang penuh dengan keberkatan. Bulan yang mempunyai pelbagai kelebihan berbanding bulan-bulan yang lain. Bulan yang juga dikenali sebagai bulan untuk kita berpesta ibadah.Bagaimanapun, ia terpulang kepada kita bagaimana untuk kita menghayati kedatangan bulan ini . Apakah kelebihan bulan ini sehingga dinanti-nanti oleh sesetengah umat Islam, khususnya mereka yang ingin meningkatkan ketakwaan kepada Allah s.w.t.Bulan Ramadan adalah bulan yang disebut oleh Allah s.w.t dengan jelas sekali di dalam firmannya yang bermaksud: Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran. (al-Baqarah: 185).Di dalam ayat ini bukankah Allah s.w.t dengan jelasnya menyebut tentang bulan Ramadan berbanding dengan bulan-bulan Islam lain yang tidak disebut secara nyata oleh Allah s.w.t. Ini adalah sebagai pengiktirafan Allah s.w.t di dalam al-Quran tentang kelebihan bulan ini.

MISI SEKOLAH

MENYEDIAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN JEMPOL SEKOLAH CEMERLANG, BERWAWASAN DAN BERWATAK MENJELANG 2010.

VISI SEKOLAH

MEWUJUDKAN SUASANA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF UNTUK MELAHIRKAN INSAN YANG BERKETERAMPILAN DAN CEMERLANG DALAM BIDANG AKADEMIK, KO-KURIKULUM DAN SAHSIAH AGAR DAPAT MEMENUHI ASPIRASI IBU BAPA, MASYARAKAT DAN NEGARA.

LAGU SEKOLAH

Megah Indah Namamu
SKJ Yang Tercinta
Tuntut Ilmu Tanpa Jemu
Kami Harapan Bangsa
Kami Ikrar Bersama
Tekun Ikhlas Berusaha
Bila Usaha Jaya
Untuk Mencapai Cita
Cekalkan Semangatmu
Pada Guru Dan Rakan
Sentiasa Berganding Bahu
Menuju Ke Arah Wawasan 2x

Thursday, August 20, 2009

SKJ

BARISAN PEMBIMBING












PELAN SEKOLAH
















GURU BESAR YANG PERNAH BERKHIDMAT DI SKJ


BIL NAMA TEMPOH BERKHIDMAT
1. JUBLI INTAN 1958
2. TAHA UJANG 1958-1959
3. TN.HJ SULAIMAN B.ABDULLAH 1959-1960
4. TN.HJ.A.MAJID B.M.NOH 1961-1969
5. MUIN B.HJ. M.NOR 1970-1971
6. M.YASIN B.OTHMAN 1972-1974
7. TN.HJ.ABU B.HJ HASAN 1975-1977
8. HAMZAH B.HASSAN 1977-1986
9. TN.HJ.MANAF B.MEON 1987-1989
10. KAMAL B.OMAR 1989-1991
11. OSMAN B.SHABAN 1992-1993
12. RASHID B. HJ.DAUD 1993-1996
13. TN.HJ.RAZALI B.BAKAR 1996-2001
14. TN.HJ.AZLAN B.ABU 2001-2003
15. TN.HJ.ZAINAL ABIDIN B.IDRIS 2003-2004
16. TN.HJ.ABD. RASHID B.SULAIMAN 2004-2009
17. PN.HJH NORAINI BT.AHMAD 2009-KINI




ANUGERAH CEMERLANG

























RUMUSAN PENCAPAIANSEKOLAH DALAM UPSR

About SK Jempol

My photo
Bahau, Negeri Sembilan, Malaysia
Sekolah Kebangsaan Jempol telah mula dibina pada penghujung tahun 1890an. Ia merupakan sekolah melayu yang pertama dibina di kawasan Jempol. Asal Sekolah Kebangsaan Jempol terletak di Kampung Cacar (500 meter dari tapak Sek. Keb. Jempol sekarang). Menjelang tahun 1910an, terbinanya jalan keretapi yang melintasi Kampung Kuala Jempol. Sehubungan dengan itu, terbinanya stesen keretapi bagi memudahkan penduduk di sekitar Kampung Kuala Jempol menjual hasil kampung di pekan Bahau dan Juasseh. Oleh itu, pada penghujung tahun 1910, Sekolah Kebangsaan Jempol telah berpindah ke tapak sekolah yang baru bersebelahan dengan stesen keretapi.(tapak padang SK Jempol sekarang) Keadaan Sekolah Kebangsaan Jempol ketika itu terdiri daripada 1 blok bangunan yang menempatkan 5 buah kelas dan sebuah pejabat. Antara murid keluarga diraja yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Jempol ialah Tunku Abdul Rahman iaitu yang dilantik sebagaiYang Dipertuan Agung pertama Tanah Melayu. Terdapat dua sesi pembelajaran yang dijalankan ketika itu iaitu sesi persekolahan pada waktu pagi dan kelas agama pada waktu petang. Sehingga kini, SK Jempol telah banyak berubah. Anda pasti dapat melihatnya sendiri….