Friday, March 26, 2010

Kata-kata Aluan Guru Besar

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

SALAM 1MALAYSIA

BERSYUKUR KITA KE HADRAT ALLAH SUBHANAHU WATA’ALA KERANA DIBERI KESIHATAN YANG BAIK DAN FIKIRAN YANG CERDAS UNTUK MEMBOLEHKAN KITA MENJALANKAN KERJA-KERJA DENGAN CEMERLANG SERTA MERANCANG SESUATU DENGAN JAYANYA.

SAYA MENGAMBIL KESEMPATAN INI MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA JAWATANKUASA PENERBITAN BLOG SEKOLAH INI.

SEMOGA BLOG SEKOLAH INI DAPAT MEMBERI MANFAAT YANG BERGUNA UNTUK SEMUA PIHAK TERUTAMA SEKALI WARGA SEKOLAH DEMI BERSAMA-SAMA MEMPERTINGKATKAN ARUS PEMODENAN DUNIA ICT DI SEKOLAH INI.

No comments:

Post a Comment

About SK Jempol

My photo
Bahau, Negeri Sembilan, Malaysia
Sekolah Kebangsaan Jempol telah mula dibina pada penghujung tahun 1890an. Ia merupakan sekolah melayu yang pertama dibina di kawasan Jempol. Asal Sekolah Kebangsaan Jempol terletak di Kampung Cacar (500 meter dari tapak Sek. Keb. Jempol sekarang). Menjelang tahun 1910an, terbinanya jalan keretapi yang melintasi Kampung Kuala Jempol. Sehubungan dengan itu, terbinanya stesen keretapi bagi memudahkan penduduk di sekitar Kampung Kuala Jempol menjual hasil kampung di pekan Bahau dan Juasseh. Oleh itu, pada penghujung tahun 1910, Sekolah Kebangsaan Jempol telah berpindah ke tapak sekolah yang baru bersebelahan dengan stesen keretapi.(tapak padang SK Jempol sekarang) Keadaan Sekolah Kebangsaan Jempol ketika itu terdiri daripada 1 blok bangunan yang menempatkan 5 buah kelas dan sebuah pejabat. Antara murid keluarga diraja yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Jempol ialah Tunku Abdul Rahman iaitu yang dilantik sebagaiYang Dipertuan Agung pertama Tanah Melayu. Terdapat dua sesi pembelajaran yang dijalankan ketika itu iaitu sesi persekolahan pada waktu pagi dan kelas agama pada waktu petang. Sehingga kini, SK Jempol telah banyak berubah. Anda pasti dapat melihatnya sendiri….