Sunday, May 30, 2010

ICT Untuk Guru dan Murid

Cikgu Perlu Mengoptimumkan Penggunaan ICT di Sekolah

Kepesatan industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sememangnya tidak boleh disangkal lagi terutama fungsinya yang boleh dimanfaatkan dalam bidang pendidikan. Di dalam usaha kerajaan membantu guru-guru untuk celik komputer, pelbagai langkah positif telah diambil. Antaranya ialah dengan menyediakan prasarana lengkap seperti kemudahan ‘Laptop’, ‘Laser Printer’ dan  ‘Wireless Internet’ di makmal komputer sekolah yang membabitkan pelaburan yang tinggi.
Tidak hanya untuk kepentingan cikgu dan murid di sekolah bandar sahaja, segala kemudahan ICT yang disediakan kerajaan turut membabitkan sekolah-sekolah di luar bandar. Semua ini dilakukan atas dasar untuk memastikan setiap guru atau murid dapat menikmati kemajuan negara dan pada masa yang sama dapat mendekatkan jurang digital.
Penubuhan Pusat Internet Desa, Schoolnet, Pusat Komuniti IT, Info Desa, Pembestarian Sekolah dan bermacam lagi program telah dijalankan untuk memastikan setiap murid dan cikgu Malaysia dapat menikmati kemudahan teknologi Internet.
Cikgu digesa agar peka dengan segala bentuk usaha yang dilakukan oleh kerajaan di dalam memperkasakan penggunaan ICT kerana ia melibatkan pelbagai bidang kehidupan. Kesemua infrastruktur ICT yang disediakan oleh pihak kerajaan sewajarnya dioptimumkan penggunaannya agar niat murni untuk melahirkan murid-murid celik IT akan berhasil. Sekian terima kasih.

About SK Jempol

My photo
Bahau, Negeri Sembilan, Malaysia
Sekolah Kebangsaan Jempol telah mula dibina pada penghujung tahun 1890an. Ia merupakan sekolah melayu yang pertama dibina di kawasan Jempol. Asal Sekolah Kebangsaan Jempol terletak di Kampung Cacar (500 meter dari tapak Sek. Keb. Jempol sekarang). Menjelang tahun 1910an, terbinanya jalan keretapi yang melintasi Kampung Kuala Jempol. Sehubungan dengan itu, terbinanya stesen keretapi bagi memudahkan penduduk di sekitar Kampung Kuala Jempol menjual hasil kampung di pekan Bahau dan Juasseh. Oleh itu, pada penghujung tahun 1910, Sekolah Kebangsaan Jempol telah berpindah ke tapak sekolah yang baru bersebelahan dengan stesen keretapi.(tapak padang SK Jempol sekarang) Keadaan Sekolah Kebangsaan Jempol ketika itu terdiri daripada 1 blok bangunan yang menempatkan 5 buah kelas dan sebuah pejabat. Antara murid keluarga diraja yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Jempol ialah Tunku Abdul Rahman iaitu yang dilantik sebagaiYang Dipertuan Agung pertama Tanah Melayu. Terdapat dua sesi pembelajaran yang dijalankan ketika itu iaitu sesi persekolahan pada waktu pagi dan kelas agama pada waktu petang. Sehingga kini, SK Jempol telah banyak berubah. Anda pasti dapat melihatnya sendiri….